
Pantun orang Melayu zaman dahulu:
Nasi lemak buah bidara
daun selasih saya lurutkan
buang emak buang saudara
kerana kasih saya turutkan
Kalau roboh kota Melaka
papan di Jawa saya sorongkan
kalau sungguh bagai dikata
jiwa dan raga saya serahkan
Orang muda kita pula berkata:
‘cinta itu buta’
‘cinta tak boleh dijual beli’
‘cinta medic’
‘sms On Cinta’
‘engkau bagai air yang jernih di dalam bekas yang berdebu’
‘dua hati jadi satu bila kita bertemu’
‘bulan madu di awan biru tiada yang mengganggu’
‘aku memang pencinta wanita tapi ku bukan buaya’
gila-gila cinta
harganya mahal
nak beli tidak daya
tapi ia datang percuma
dengan sepenuh jiwa dan raga
meredah, melanggar sesiapa sahaja yang menghalangnya
kerana ia tidak bermata
emak sendiri pun sanggup dibuang demi kesetiaan pada si dia
mata sepet tidak mengapa
hidung kembang alangkah lawanya
sudah bersatu dunia kita
susah senang kita berdua
dunia akhirat kita bersama
wah …. wah …. wah
Datang zaman kebangkitan Islam. Arus dakwah terkena kepada sesiapa sahaja samada orang ini memang nak berdakwah atau orang ini adalah sasaran dakwah. Berubah nilai dan neraca. Yang dahulunya jahiliah bertukar jadi Islamik dengan sedikit ‘dakwahisasi’. Orang muda sekarang cerdik sungguh…. Pandai ‘adjust-adjust’. Pandai ‘modify’. Mereka ni mungkin tak pernah lagi berjaya mengislamkan orang bukan Islam,tapi mengislamkan unsur-unsur jahiliah ni cekap bukan main. Bukankah Adam dulu juga bercinta dengan Hawa? Bukankah Nabi Sulaiman juga bercinta dengan Ratu Balqis? Bukankah qudwah cinta sejati itu pada Ali dan Fatimah? Ni semua akibat baca silibus usrah tak betullah ni.
Lalu da’ie zaman moden pun bercintalah juga. Tapi mereka bercinta tidak sama macam orang lain tahu. Sempadannya batasan syarak. Main-main perasaan sahaja, tidak lebih dari itu. Takut Allah murka, tak berkat dakwah nanti.
kau tahu ku mencintaimu
ku tahu kau mencintaiku
ooohhhh kasih
bersabarlah sayang
saat indah kan menjelma jua
tapi …….
‘sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan’
Temu janji bukan di panggung wayang. Bukan kat Dataran Merdeka. Bukan kat Hard Rock Cafe. Ni da’ie ni ….. Tempat-tempat lagho macam tu tak mainlah ….
alangkah riangnya hatiku
luahan rasaku mendapat perhatian
ku terima balasan darimu
kau jua menyimpan perasaan
warkahmu memberi kepastian
agar kejayaan menentu pertemuan
setiap kali di akhir katamu
kau selalu tulis
SEE YOU DI ICV …eeh silap IPT (sorry orang Victoria)
Mereka ada fikrah Islamiah …. fikrah asolah lagi. Sebab tu bila bercinta mereka ni setia dan sanggup berkorban segala-galanya. Maklumlah … cinta mereka ni lahir dari tasawwur yang jelas dan fikrah Islamiah yang tulen.
cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biar pun sengsara
berkorban segala-gala
Samar …. Buka Lampu Sikit
Sikit membebel ni bukan kerana apa. Kerana sayang dan harapan yang kami berikan kepada pendakwah-pendakwah muda. Harap-harap jangan tertipu dengan perkara-perkara seumpama ini.
Cinta sememangnya fitrah manusia. Jalan terbaik untuk menyalurkan fitrah adalah pada perkahwinan. Penegasan diberikan oleh Rasulullah s.a.w.: “Tetapi aku berkahwin dengan wanita. Sesiapa yang tidak mengikut sunnahku, dia bukan dari kalangan umatku.”

Jaga pandangan mata. Jaga pergaulan. Kita ada batas pergaulan kita sendiri.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dua mata juga berzina dan zina mata adalah pandangan.” Sabdanya lagi: “Tidak halal bagi seseorang bersunyi-sunyian dengan seseorang yang bukan muhrim.”
Itu semua adalah perisai untuk tidak terjebak ke dalam isu-isu cinta yang tidak syar’ie. Jangan suka sangat chating dengan orang yang kita sendiri pun sebenarnya tak tahu mana datangnya. Buang masa satu hal. Letih melayan perasaan satu hal lagi. Letih nak ‘mengayat’ satu hal lagi.
Jangan juga ambil kesempatan untuk buat ‘marketing’ dalam aktiviti-aktiviti bersama lelaki perempuan. Kalau aktiviti sesama lelaki, pakai kain pelekat dengan t-shirt pun tak pe. Busuk sikit, tu bukti kita kuat buat dakwah sampai tak sempat nak mandi. Kalau aktiviti bersama, siap mandi dan sental seluruh badan. Seterika baju, pilih baju, pakai stokin, kiwi kasut, pakai gel rambut dan pastikan ‘gaya thiqah’.
Dr. Yusof al-Qardhawi berkata: “Cinta akan mencari manusia. Tetapi manusia jangan mencari cinta.” Jangan ikut sangatlah kawan-kawan kita yang letak kesempurnaan seorang lelaki dan wanita adalah pada ‘bercouple-couple’. Jangan letak target untuk mencintai seseorang. Tapi kalau tiba-tiba jatuh hati kat seseorang, bagitahulah abang-abang dan kakak-kakak kita. Cuba ‘story’ sikit perasaan kita tu baik-baik. Kalau masih belum berpunya, apa salahnya, kami boleh tolong pinangkan. Itu kalau sekufu’lah. Kan ke kita faham maksud sekufu’ tu? Maksudnya kita cari orang-orang yang sama-sama nakkan cara hidup Islam, bina keluarga Islam dan menyumbang pada umat.
Kalau ada ‘awek’ lama atau ‘balak’ lama (pinjam istilah orang muda), ingat balik matlamat hidup kita. Nafsu tu sekejap je boleh dipuaskan. Tapi keharmoniaan dan kebahagiaan bukan senang nak cari. Jangan merungut kalau nanti susah nak ikut aktiviti dakwah dan sumbangan juga jadi terbatas. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sedih putus cinta dengan awek lama tu sekejap je boleh hilang. Menanggung derita hidup bersama awek lama yang dah jadi isteri tu bukan senang.
Kalau emak ayah dah carikan, ukur dan nilai balik calon tu berdasarkan neraca Islam yang kita faham. Kalau kena neraca tu, tawakkal alaAllah. Kalau tak kena, sembang baik-baik dengan emak ayah. Mereka boleh faham tu. Jangan risaulah. Tak da istilah ‘saya terperangkap oleh perancangan emak dan ayah saya’. Emak ayah kita tak buat konspirasi macam tu. Ada la kot sikit-sikit kes terpencil macam tu, tapi dalam banyak kes sebenarnya boleh bincang lagi. Takut kita je sebenarnya yang ‘terpesona’ dengan calon emak ayah kita lalu kita pun ‘terperangkap’. Lalu yang mekap tebal seinci, skirt pendek, suka duduk depan tv, tak suka dengar Ikim.FM dan yang seumpamanya kita setuju untuk hidup bersama kita selama-lamanya … mengharungi alam dakwah bersama-sama … dunia akhirat bersama. Macam pelik je bunyinya tu.
Kalau dah ada calon, dah setuju pada peringkat keluarga dan dah bertunanglah dengan istilah mudahnya, jaga batas-batas perhubungan. E-mail, sms, chat dan lain-lain teknologi hari ini jangan disalahguna. Ada masa boleh, ada masa tidak boleh. Ikut keperluan dan jaga batas-batasnya.
Memanglah pendakwah muda ni kalau tulis email dan berchating, dia tak tulis macam orang lain. Jiwang-jiwang tak mainlah. Mereka ni baca kitab Muntalaq. Kami adalah anak-anak singa dan bukannya kijang yang jinak. Amboiii. Tapi kadang tu kita tak perasan, jiwang tidak datang dalam satu bentuk sahaja. Jahiliah berubah bentuk. Maka begitulah juga dengan jiwang. Dulu ‘I love you’. Sekarang ‘bersamalah kita memburu cinta Allah’. Dulu ‘demimu sayang lautan sanggup ku redah’. Sekarang ‘moga-moga kita dapat bersama-sama thabat mengharungi dakwah ini’.
Ini adalah sikit nasihat. Harapnya tidak ada yang berasa hati. Moga kita dapat menjaga diri kita lebih dari kita menjaga diri orang lain.
May 30, 2007 at 3:52 am
Sangat bertepatan dengan permasalahan belia dan remaja. Telah ramai yang kami lihat “hilang” dan “terkorban” akibat panahan cinta…. Moga kita semua dapat harungi mehnah ini dengan jayanya. insya Allah
May 30, 2007 at 5:56 am
“Memanglah pendakwah muda ni kalau tulis email dan berchating, dia tak tulis macam orang lain. Jiwang-jiwang tak mainlah. Mereka ni baca kitab Muntalaq. Kami adalah anak-anak singa dan bukannya kijang yang jinak. Amboiii. Tapi kadang tu kita tak perasan, jiwang tidak datang dalam satu bentuk sahaja. Jahiliah berubah bentuk. Maka begitulah juga dengan jiwang. Dulu ‘I love you’. Sekarang ‘bersamalah kita memburu cinta Allah’. Dulu ‘demimu sayang lautan sanggup ku redah’. Sekarang ‘moga-moga kita dapat bersama-sama thabat mengharungi dakwah ini’.”
harap dijauhkan..nauzubillah..
May 30, 2007 at 12:03 pm
salam
when i read this article, i kind of remember of 3 things, which is my blog http://hikbalujir.blogspot (coz i just did posted about early marriage),
secondly about hadith 1 nawawi, if once hijrah bcoz of a woman, than thats will be his reward instead of Allah and Rasul
thirdly, the conversation that i had today where my friends said early marriage will not be “getting wealthy faster”…like he knows…hehe
=)
may Allah swt protects me and all ikhwah from the wrong intention…insyaAllah
May 30, 2007 at 12:06 pm
well written ustaz. menarik apa ustaz tulis ini. =)
May 30, 2007 at 3:36 pm
Dusy!! Sungguh best! Ahaha!
Dan ana pun memohon perlindungan dari ALLAH, agar tidak tergolong dalam golongan yang dalam perenggan second last tuh. A’udzubillah…
May 30, 2007 at 3:40 pm
Pesanan yang sangat-sangat berguna untuk generasi muda dalam dakwah. Ingatlah syaitan tidak pernah putus asa untuk melemahkan manusia terutama daie yang berikrar untuk mewaqafkan dirinya kepada Allah. Nabi berpesan: “Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang lebih besar daripada fitnah perempuan.” Semoga kita ambil iktibar daripada pesanan ustaz ini.
May 31, 2007 at 4:44 am
adoi naik ruam!..ya allah peliharalah diri ini…
May 31, 2007 at 7:05 am
good post, ustaz.. mmg itulah aper yg tgh berlaku skrg.. moga2 dijauhkan.insya-Allah
May 31, 2007 at 3:28 pm
soal cinta pendakwah muda ni juga sebenarnya neraca penilaian saya terhadap kebenaran jalan yang saya pilih..
June 1, 2007 at 6:25 am
pesanan yg sangat bertepatan dgn waqi’ skarg..ini yang berlaku pada pendakwah muda..
matlamat tak menghalalkn cara..
mg kte thabat atas jalanNYA..
June 1, 2007 at 8:53 pm
Subhanallah.. Artikel ini memberi pencerahan baru semula kepada ana.. Ana kini dlm proses penantian menuju ke gerbang perkahwinan. Alhamdulillah setakat ini masih tidak pernah berhubung langsung dgn bakal. Menggunakan orang tengah sepenuhnya. Antum tolong banyak-banyakkan doa agar kami tidak akan terkandas di tengah2 jalan. Itu harapan dan cita2 ana, agar pertemuan pertama dan bicara pertama kami hanya berlaku setelah yang haram semuanya menjadi halal. Semoga pernikahan dan dakwah kita, Allah berkati…
June 2, 2007 at 5:31 am
terharu sy mendengarnya.. sy sebelum nie mcm tue lah.. lots of sins.. sy btl2 menyesal..skrg baru tersedar.Alhamdulillah.. belum melangkah lebih buruk lg.. tp dosa tetap titik hitam dalam hati.. moga Allah mengampuni sy & memudahkan fikiran kita semua.. ameen..
June 2, 2007 at 5:35 am
masih banyak perlu sy ubah & lakukan.. moga sy tidak terlambat & tidak sia-siakan usia muda ini. bersama-samalah kita membangunkan ummah.. membina pembangunan insan secara islamiah.. wujudkan dunia Islamik secara global. gunakan kemodenan teknologi sekarang untuk ke arah itu..binalah hati yang ‘broadband’ untuk Allah..
June 5, 2007 at 2:55 pm
Mintak dijauhkan. Amin
June 6, 2007 at 12:58 am
wahh ramai juga yg respon ttg topik ni, harap ikhwah akhawat baca dan komen juga ttg artikel ustaz yg lain kerana semuanya sangat relevan kpd kita, daie2 muda iAllah..
pengalaman ana, pernah juga tergelincir suatu ketika dulu, tapi alhamdulillah, Allah masih menyayangi ana, cepat aje disedarkanNya.. apa yg ana pelajari, kalau kita masih buat apa yg kita buat time jahiliyyah dulu, walau pon caranya dah dimodify kpd apa yg kita anggap islamic, maka x betul la tu.. kita masih lagi tak bertajarrud dgn jahiliyyah kita.. moga kita sama2 dapat bersihkan diri dari karat2 jahiliyyah yg mungkin tertinggal waktu pembersihan yg pertama dulu, so sekarang mungkin perlu consider permbersihan kedua?iAllah, moga dipermudahkan dan moga Allah kurniakan Al Furqan dalam setiap keputusan yg kita ambil
June 6, 2007 at 3:10 am
Dalam eksperimen, utk mendapatkan hasil yg tulen, “multiple filtration & distillation” perlu utk membersihkan benda asing dalam sesuatu jasad,agar jasad tu(cthnya garam) btol2 tulen
Maka begitu juga jahiliah dalam jiwa perlukan pembersihan berulang kali agar melahirkan insan rabbani yg cukup suci murni(dengan neraca Allah)
June 6, 2007 at 10:19 am
teringat ttg hadis halawatul iman, in the first place mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih dari makhluknya, kemudian mencintai seseorang kerana Allah dan akhirnya ia mesti benci kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka, barulah kita dapat merasai kemanisan iman tuh..
kadang2 kita lupa bahawa sebenarnya pembentukan individu muslim itu adalah langkah pertama kita utk ke tangga Baitul Muslim, jadi mari usaha utk mantapkan diri kita & perjelas matlamat, moga dgn usaha kita memenuhi hak kpd Allah, Allah mudah memenuhi hak kita pula, wallahu’alam
June 9, 2007 at 1:08 pm
first time mai jenguk uztaz punye blog ni alhamdulillah baguz la ape yg uztaz tulih tu, memang kena dan sesuai ditujukan kepada kpd para duat muda2 ni yg baru bejinak2 dalm dunia da`wah..takut tesalah cara dan langkah pertama ni..
MEMANG SAYE SETUJU SANGAT..sekarang ni memang zaman orng suke meng`modify` perkara bathil nampak cam islamic..huhu.. ni sume syaiton la dalangnye.. die menipu camtu sekali!! na`uzubillah..
Moga2 Allah tetapkan ikhwah n akhwat dalam cahayaNya.. dan dikurniakan furqan..AMIN
June 12, 2007 at 4:14 am
Assalamualaikum kalian.
(Ustaz, mohon izin ya…)
Sekadar berkongsi lagu berikut,
“Romeo dan Layla”
Moga bermanfaat.
Sumber untuk download
http://media.odeo.com/1/6/5/Romeo_Layla-mono.mp3
http://dhuat.multiply.com/music/item/1
Romeo+Layla (Demo)
Narrator:
Di kaki escalator,
menuju ke tempat kerja,
terlihat pemuda mengorat si dara.
Si pemuda namanya Romeo,
hasil daripada pendidikan secular,
terpukau dengan kecantikan si Layla,
Layla:
“Aku bukan dagangan.
Aku bukan murahan.
Kembalilah kau kepada punca.”
Si Romeo kekagetan
dengan tikaman jawapan.
Romeo malu tidak terhingga.
Itu sudah 3 tahun lamanya,
sekarang Romeo ligat berusaha
memartabatkan Islam di persada dunia.
Dengan tidak disangka-sangka,
ayahnya si Layla,
pejuang setia seperti mana juga Romeo haha(suspen)
Mereka sering bersama
merperjuangkan agama
mengorbankan harta, jiwa dan raga.
Satu tika Romeo terlihat
si Layla menjemput ayahnya (ayah Layla)
Oh! alangkah terkejut terkesima!(Romeo)
Romeo membuat pengakuan
kepada ayahnya si Layla
tentang nakalnya dia(Romeo) di waktu muda.
Romeo ingin membetulkan
kesilapan yang telah dilakukan.
Oh adakah si Layla masih keseorangan?
Romeo:
“Wahai ayah si Layla,
ingin hamba bertanya,
Adakah si Layla sudah ada kumbangnya?”
Ayah Layla:
“Wahai sang pejuang setia.
Ya, si Layla sudahpun berpunya,
namun tidaklah bermaksud dirimu hina.”
Si Romeo akur dan redha.
Meneruskan perjuangan juga
walaupun tidak dapat bersama dengan si Layla…
Prosa/Ritma: Dhuat
Album:Revolusi Pejuang Sejati 2007
Nota:Moga cerita ini menjadi pengiktibaran.Seperti selalunya, lagu folk menceritakan kisah benar.(Yang ini campur-campur)
Oh ya lagu folk seperti Dire Straits,Tom Waits,Bruce Springsteen, Eric Clapton,Bob Dylan memang ku kagumi.Tapi aku harus mengolah dengan baik supaya genre yang menarik ini dapat menyumbang kepada penghayatan islam seterusnya menyedarkan orang ramai supaya kembali kepada islam.Seperti format ‘folk song’ yang lain, ia mempunyai narrator dan juga dialog.Lagu folk lebih kepada penceritaan.Story Telling.Suara lain kira hehe…
Kupasan Lirik Romeo+Layla.
Baiklah, saya terpaksa ceritakan juga bahawa kami(saya dan juga sahabat dhuat) bukan setakat membuat musik dan lirik semata.
Mungkin MUSIK lebih tertonjol di sini kerana itu adalah seperti yang dimahukan oleh penulis.(Penulis bias hehe)
Ya kami juga mengikuti program seperti kalian, berusrah , pergi DEMO, hantar memorandom, pilihanraya, program Amal Maaruf Nahi Mungkar, menulis untuk menegur dan apa saja untuk memartabatkan islam.Overhaul!
Yang ingin saya tonjolkan di sini adalah ‘karya yang bukan retorik’.(maaf kalau terkasar bahasa)
Retorik di sini bermaksud semata-mata bernyanyi tanpa membuat kerja-kerja daawah,
merangka program untuk generasi mendatang untuk kembalikan islam kepada tempatnya.
Hasil islami lahir dari ROH islami.
Baiklah kita kembali kepada perbincangan mengenai lirik Romeo+Layla.
1)Pertembungan budaya (Middle East meet West)
2)Perbezaan pemahaman islam dimana Layla adalah jauh lebih thiqoh.
3)Hormati wanita dengan melakukan perkara yang wajar sahaja untuk menikahinya (baca:BUKAN BERCOUPLE!)
4)Tiada dating-dating di sini.
5)Cara gentleman/bersungguh adalah menyatakan hasrat kepada ayah si gadis.
6)Seperti selalunya anak yang solehah akan akur kepada keputusan ayah.
7)Ayah yang bijak akan berbincang dan bertanya kepada isteri serta anak gadisnya sebelum membuat sebarang keputusan.
8)Ayah Layla memang mengasihi Romeo seperti anak sendiri.
9)Keindahan islam merapatkan jurang 2 lelaki yang berbeza usia.
10)Dengan mendalami/memahami islam, kita akan lebih menghormati dan menghargai sesiapa sahaja yang sefikrah.
11)Cinta kepada ALLAH adalah cinta yang TERAGUNG.
Semoga bermanfaat!
http://kaset79.blogspot.com
June 18, 2007 at 10:02 am
Aslm..
Artikel yang menarik dan menenangkan jiwa para da’i yang bercita-cita melihat kuasa agung Islam kembali semula dimuka bumi Allah, dimulai dgn jiwa2 bersih lagi suci yang megikut manhaj yang telah ditetapkan..Semoga kita dikalangan org2 yang bersabar…SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA-SAMA ORANG-ORANG YANG BERSABAR..Allhu’alam
June 22, 2007 at 1:48 pm
na’uzubillAH…moga dijauhkan dr percintaan sebegitu…
June 26, 2007 at 4:21 pm
Assalamualaykum wr wbt,
A very good reminder.. moga ustaz teruskan menulis..many will benefit, inshaAllah..
June 26, 2007 at 5:36 pm
saya ada satu cerita nak dikongsi, penah x ada org sanggup jadikan prkahwinan dgn semata2 nak dakwah? Sebabnya ni berlaku pada sedara saya, perempuan yg bercouple sana sini tapi xpernah menjadik, sampaila usia dah lanjut, suatu hari duduk makan2 di sebuah kedai di penang sorang2, datang seorang pemuda muka ala2 cina jumpa dia trus cakap, kalau saya ingin berkahwin dengan awak, sudi x awak trima saya, sudi x basuh baju saya, teman saya semasa sakit ?
N dgn kehendak Allah, mereka akhirnya berkahwin..Nak ditakdirkan si lelaki seorang muallaf cina, tapi semangat dakwah yg sangat kuat& tinggi, sangat baik akhlak dan sabar, walaupun si isteri lahir melayu islam, n latar belakang xdelah islamik sangat, si lelaki bersabar, bilamana keluarga pompuan selalu gelak2kan dia, dia slalu senyum & sabar n cakap pada saya, “Ada org laen yg convert islam lagi truk diuji sampai diancam nak bunuh”
Dan bilamana org tanya, “Kau xnak tgurke isteri kau xpakai tudung” Jawab dia” Biar dia berubah dari hati, xboleh paksa2, kalau belanga yg kotor sekali pun, kena bersihkan pakai klorox dulu nak bersihkan kerak2 dasar dia”
…Bagaimanakah pula dengan hal begini? Tindakan ini satu tindakan dakwah yg berani? Saya xkata kita patut cari pasangan yg xsama fikrah, tapi,kalau niat kita berdakwah apakah itu berkahwin yg memang tulus?Knapakah kita selalu duduk dalam zone comfort (kita tuh termasuk saya jugak yg ada fikiran camni), beranikah kita berkahwin semata2 kerana dakwah???
July 27, 2007 at 7:27 pm
salam,
jzkk ustaz… satu kupasan yg amat relevan kepada para du’at muda hari ini dan pada masa yang sama sangat menarik.
ana nak memberi sedikit komentar kepada komen akh/ukht where is gaza.
ni ana bagi satu analogi.
antum diberi 2 pilihan:
1) nasik lemak yg sudah siap masak
2) beras, air, garam, gula, cili, ikan bilis, telur, santan, halia, bawang, daun pandan.
dan pada masa yg sama antum seorang yg sibuk dengan tugas-tugas dari pagi sampai ke malam dari malam sampai ke pagi esok. jadi yg manakah yg antum nak pilih?
anyone in a sound mind will choose option 1.
dan sekarang ni, ana dapat info ni dari ustazah A, banyak sangat2 nasik lemak-nasik lemak yg siap dipacking dan dijual dengan spesifikasi yg diluluskan oleh SIRIM yg tidak terjual, jadi kenapa masih berdegil mahu start from scratch?
Dalam dakwah fardhiyah kita juga ada diajar oleh syeikh mustafa masyhur tentang ciri-ciri mad’u:
1) orang yg beramal dengan akhlak islamiyah
2) orang yg beramal dengan akhlak biasa
3) orang yg beramal dengan jahiliyyah
dan kita diminta utk memilih mengikut tangga 1 ke 3. ini adalah kerana masa kita tidak berpadanan dengan tugas kita.
akhirul kalam,
seseorang yg ingin hidup dalam dakwah akan meletakkan dakwah di atas segala-galanya. Dalam Surah An Nur ayat 62, org2 beriman itu tidak akan beredar sebelum meminta izin daripada Rasulullah. itu baru beredar, apatah lagi dalam soal2 yg lebih besar seperti berumah tangga, kerja, tempat tinggal dll. jadi dalam menentukan perkara-perkara yg besar dalam hidup kita, kita perlu lah merujuk dahulu kepada murabbi kita, tak boleh hentam keromo atas nama dakwah.
wallahua’am
August 28, 2007 at 5:08 am
no komen..just keep writing..best memang best..
hehehe…….
September 7, 2007 at 6:12 am
Astaghfirullahal ‘azim……..
besarnya dosaku….
Moga Allah mengampuni diri ini yang penuh dgn selut-selut dosa….
Astaghfirullahal ‘azim…
Terima kasih atas ingatan yg sgt2 bermakna ini….
Thnks kpd insan yg memberikan link ini buat saya!!
September 10, 2007 at 4:34 am
Salam ya ustaz,
JazakAllah Khayran
dunya ni tak semudah kate agaknye…ye
Tak lah simple sesimple ungkapan kate. Byk peringkat yer dan kupasan ujian ye…
Moga Allah berikan hidayah kpd kami semua dan protect us from all things that can harm ourselves, ameen.
October 26, 2007 at 4:08 am
Mabruk kepada ustaz atas tulisan yg sangat penting dengan kupasan yg menarik…
Moga jadi panduan buat mereka yg sedang mengalami. Yg dah terbuat, beristighfar dan beramal baiklah secara berterusan..moga kita dijauhi segala kemungkinan dari sebab dosa2 kita yg lalu…
Ana sangat setuju dgn pendapat a_kun (sbb ana kahwin dgn akh
)…
November 11, 2007 at 8:42 am
[...] Cinta Oh Cinta [...]
December 1, 2007 at 5:39 pm
A’lillah.
kupasan yg menarik. ana hrp klu blh ustaz kupas isu2 yg mmg ‘terkena batang hidung’ daie2 muda masa kini. maklum lah, darah masih panas, semangat pun berkobar2..namun ramai yg kdg2 terkena penyakit ghurur&yg seumpamanya.
semoga nasihat-menasihati, wasiat-mewasiati & segala bentuk tarbiah , menjadi amalan yg xpnh kite tinggalkan sepanjang di dunia yg sementara ini…. amin…
December 5, 2007 at 6:37 am
[...] post Cinta Oh Cinta Tandas [...]
January 21, 2008 at 1:49 pm
[...] 4) Cinta Oh Cinta [...]
January 21, 2008 at 1:52 pm
Salam. Satu kupasan menarik ustaz buat ingatan mereka yang menggelarkan diri sebagai daie atau melibatkan dr dalam usaha tarbiyah. Ramai yang terlupa atau terlalai hingga menjadi fitnah kepada dakwah itu sendiri.
Menarik kalam Ust Mustafa Masyhur yang dinaqal oleh saudara/i a_kun.
” Dalam dakwah fardhiyah kita juga ada diajar oleh syeikh mustafa masyhur tentang ciri-ciri mad’u:
1) orang yg beramal dengan akhlak islamiyah
2) orang yg beramal dengan akhlak biasa
3) orang yg beramal dengan jahiliyyah
Masbuth!
February 8, 2008 at 8:53 am
terima kasih kerana dapat menyedarkan hati yang semakin lalai ini.
February 12, 2008 at 11:55 pm
[...] Halusnya mainan syaitan.. – diambil dari blog ustaz fauzi iaitu satu perkongsian dalam entri Cinta oh cinta – [...]
March 21, 2008 at 7:28 am
Sedikit update, (dengan izin Ustaz Muhammad Fauzi ya)
Sila klik link di bawah untuk mendengar lagu Romeo dan Layla versi terkini.
http://odeo.com/audio/17876253/view
Mintak maaf sangat-sangat ya ustaz, kerana menjadikan blog ustaz sebagai medium iklan.
April 12, 2008 at 5:09 am
salam..
ustaz, ana copy n paste buleh X?
nak letak kat blog ana..
April 15, 2008 at 5:35 am
satu ekspresi yang bernas….
kadang2 anak-anak muda terlupa, terlalai atau tak teringat akan perkara seperti ini. jika ditegur jawapannya * kamu mana faham/ kamu tak perasaan ni/ nak wat camner dah ada pakwe/ tak boleh la kalau tak mesej@tak jumpa /susah la aku nak hidup *
Cinta satu perasaan yang istimewa yang tak perlu dijaja …
CINTA BUKAN UNGKAPAN KATA ….
CINTA TAK SEMESTINYA BERSATU…
CINTAI LAH SEADANYA…
CINTA SESIAPA SAHAJA ASAL WADAHNYA CINTA ALLAH SWT.
August 9, 2008 at 2:15 am
assalmualaikum…
alhamdulillah ana terbace artikle nie pg nie..
mungkin Allah nak tolong…
terus terang ana sgt mohon untuk dijauhkan dengan perkare2 macam nie…
namun kadang2 ia akan datang sebagai ujian..
ana ingat..klu Allah xtunjuk ana site ustaz nie..
ana mungkin akan tersilap langkah n membawa fitnah terbesar utk para da’ie muda..
semoga Allah tetapkan ana di jalan ini memandang ana sgt baru..
banyak kali jugak la abang2 n kakak2 cakap untuk elak maksiat hati memandangkan masalah orang muda nie itu lah die yang paling susah nak control…
semoga jahiliyyah bukan lagi masalah untuk di tinggalkan..
=satu perkongsian=
September 17, 2008 at 3:40 am
[...] Cinta oh cinta [...]
October 16, 2008 at 5:00 am
[...] Cinta oh cinta [...]
November 18, 2008 at 10:34 am
alhamdulillah…
ble sy bce artikel ni, sy tros brtmbh kekuatan sy utk tumpukan perhatian kt study…
bkn kt LAKI…
tlg lah sy tnjukkn jalan yg lurus…
smoga sy x kn terjerumus ke dlm lembah hina itu..
December 25, 2008 at 12:36 am
[...] Harap baca gak artikel sahabat saya di: http://satuperkongs ian.wordpress. com/2007/ 05/30/cinta- oh-cinta/ [...]
December 31, 2008 at 6:06 am
[...] 4) Cinta Oh Cinta [...]
March 6, 2009 at 2:04 pm
mmg menarik… jiwa belia..
July 13, 2009 at 6:49 am
nauzubillah min zhalik..same2 lah kt sling mendoakan agar tidak tsasar dari lndasan syariat islam..
October 10, 2009 at 4:18 pm
salam.
jzkk ustaz. ana baru je korek2 artikel2 di sini, yang ni memang particularly tepat kene atas batang hidung.
November 20, 2009 at 9:25 am
salam macam mana lak ngan yg belum bertemu jodoh tapi dah mmg teringin sangat nak kawin tapi tiada kenalan yang berminat…kalau kawan pun tiada yg mengusulkan untuk meminang kita…so, camner nak mengamalkan sunnah nabi jika kita terus bersendirian tanpa berkawan lelaki dan perempuan…?
sedangkan pompuan ni pemalu orgnya dan jika bertemu seseorang lelaki dia mungkin dipermainkan sekadar utk memuaskan nafsu lelaki tersebut sahaja…apa pendapat ustaz?