
HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.
_________________________________________________________
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
![]()
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
June 26, 2007 at 1:59 pm
Gambar2 yg mantap! Lebih ‘feel’ dgn suasana cerita…
June 26, 2007 at 2:11 pm
satu hari nanti nak buat komik/filem animasi pasal sultan mohamed alfatih la. ramai juga di kalangan adik2 yg taktau pasal sultan mohamed al fatih ni.
June 26, 2007 at 10:10 pm
sgt tertarik dengan gambar2 real…
June 28, 2007 at 5:43 am
subhanallah.. kan ader movie dier kan, yang versi cartoon tu..mmg sgt best….
June 29, 2007 at 3:55 am
Subhanallah.. entry Ustaz kebanyakannya menarik2 belaka. Teruskan penulisan untuk manfaat sejagat!
June 29, 2007 at 7:59 am
Aslkm.
Pada zaman itu… pemerintah, sebahagian besar tentera dan rakyat mengamalkan Tariqat Naqsyabandiah. Guru diraja iaitu Syeikh Shamsuddin Wali merupakan salah seorang khalifah Naqsyabandiah. Pemerintah ada bilik suluk yang khas di istana. Bapa Sultan Muhammad al-Fateh adalah seorang ahli suluk yang sangat istiqamah.
Mereak diiktiraf sebagai sebaik-baik raja, sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat.
Wallahualam.
July 17, 2007 at 4:21 pm
Assalamualaikum
Bagaimana pula dgn kisah Solahuddin Al Ayyubi?
July 25, 2007 at 9:18 pm
alhamdulillah…pembakar semangat utk semua…ayuh..
July 30, 2007 at 11:16 am
Alhamdulillah…
artikel ni sangat2 bermanfaat untuk pemuda pemudi islam bg membakar semangat mereka dan menambah pengetahuan tentang keagungan Islam dan kekuatan tentera Islam
Allahu Akbar! segal-gala dariNYA
August 1, 2007 at 5:59 pm
subhanaLlah
August 9, 2007 at 7:26 am
I watched the cartoon version of the story. MasyaAllah , it really struck me. The pictures and the story in this article are brilliant, they increase my admiration towards the Sultan.
August 15, 2007 at 3:53 am
Allahuakbar..
beliau mmg saya kagumi..
bersifat tawwadu’..
hebat dari segi kepimpinan, ilmu, dan perang..
sangat cintakan islam..
kita mengharapkan munculnya pemimpin islam seperti beliau pada zaman ini..
September 24, 2007 at 4:37 am
Tunggu cerita Solahuddin dari Ust… Boleh tak? lepas tu nak masukkan dalam buku ‘koleksi biografi pejuang’
September 24, 2007 at 4:54 am
InsyaAllah boleh. Bila, wallahu a’lam. Jangan letak harapan tinggi sangat
October 24, 2007 at 2:56 am
Allah telah berjanji konstantinopel dan muhammad alfatih telah merealisasikannya, dan Allah telah berjanji, akan tegak kekhilafahan dengan manhaj kenabian dimana seluruh dunia akan memuliakan orang mu’min dan menghinakan yang kafir, siapa yang dapat piala adalah yang terlibat dalam perjuangan penegakkan khilafah, mari kita bersama berjuang untuk tegakkan khilafah…..
December 27, 2007 at 8:37 am
rupanya formula kemenangan islam adalah quran dan sunah..umat pada hari ini menang dengan mengulang apa yang telah dilalui inti sejarah kemenangan islam..bukan hanya duduk diam.asykuru iyyaka ya ustz!! kita sekarang lebih yakin dengan cara ini kerana padi tidak akan dapat diruai apatah lagi dimakan sebelum ditanam juga tidak dapat sebelum kita sendiri yang menanamnya di hati generasi baru ini..kita bini jilut ta’sis !!
January 1, 2008 at 6:22 am
Saya tertarik ingin mengetahui Sultan Muhamad Al Fatih apabila seorg rakan ada bercerita mengenainya. Saya membaca melalui artikel dlm Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris (Barat menggelarnya Fatih The Conquer ). Strateginya menjadikan daratan sebagai laluan kapal perangnya adalah satu strategi yg menakjubkan kerana antara sebab tentera sebelumnya tewas di Constaintinopel krn tidak berjaya menguasai laluan Selat Bohprus akibat rintangan rantai gergasi. Sekiranya ada sesiapa disini yg mengetahui DVD atau CD kartoonnya bolihlah share judulnya dgn saya kerana saya amat berminat menontonya.
January 6, 2008 at 2:39 am
Baca Artikel ni membuatkan kita rasa lebih rendah diri terhadap mujahid-mujahid Islam silam… Siapalah kita berbanding mereka… May Allah bless them… Aamiin….
February 6, 2008 at 8:52 am
salam aleykum… kalau nk tengok video(animation) penaklukan kota istanbul pergilah ke web friendster ana.
February 6, 2008 at 8:53 am
http://www.friendster.com/melikshah
March 6, 2008 at 2:44 am
assalamualaikum,ustaz.
nak minta izin ambil artikel nie bersama perang ain jalut utk di muatkan dalam blog ana.bleh?
May 3, 2008 at 9:29 am
subhanallah//hebatnye jihad panglima silam..sekarang bukankan nak jihad di medan perang,jihad nak bangun subuh pun belum tentu menang..insya’Allah marilah kiter semua same2 berubah kepada yang lebih baik..
May 3, 2008 at 11:33 pm
Salam. Ustaz, Saya ambil ustaz tulisan2 ustaz untuk halaman surau…
surauktdi.wordpress.com
-azhari.HUKM
May 30, 2008 at 3:37 am
salam ustaz…
minta izin utk letak artikel ni di blog KAMI..
http://iniceritakita.wordpress.com/
May 30, 2008 at 5:58 am
[...] bawah ini adalah artikel yang dipetik dari blog Ustaz Muhammad Fauzi, untuk mengetahui siapakah tokoh tersebut..baca jangan tak [...]
August 25, 2008 at 10:26 am
minta izin diletak didlm blog kami
http://irhabi007.blogspot.com/
September 4, 2008 at 5:29 pm
Assalamualaikum Saudara2,
Kenapa pemimpin2 Islam zaman ini masih leka dan tidak mengkaji dan meniliti kejayaan para pahlawan Islam terdahulu yang terbukti pakai oleh kaum bukan Islam sekarang yang mendominasi dunia dari sudut ketententeraan, ekonomi dan politik. Ternyata mereka mengkaji sedalam-dalamnya mengenai Islam dan berjaya memesongkan akidah kita semua termasuk diri saya dengan hiburan tiada batasan. Seperti kata Richard The Lion Heart, kita menentang mereka tetapi kita tidak menentang keimanan mereka. Saudara2 ini bukanlah masa untuk kita menentang mereka tetapi sebaliknya waktu untuk berfikir dan mengatur strategi cara2 halus untuk membalas balik apa yang telah dilaksanakan oleh mereka. Kita hanya dapat meluahkan perasaan tetapi segalanya mestilah dimulakan dengan langkah pertama pemimpin2 Islam seluruh dunia. Mengapa harus bermusyawarah di bilik persidangan mewah tidak di Masjid2 seperti para pemimpin Islam terdahulu? Mengapa mereka tidak boleh mengimamkan beribu umat Islam seperti mereka terdahulu? Pada pendapat saya tiadanya pegangan agama ialah punca utama permasalahan ini. Minta maaf jika pendapat saya ini menyinggung sesetangah pihak.
Wassalam.
September 10, 2008 at 2:28 am
[...] man who lead an army of 250 000 (some say 150 000, khilaf) manage to fulfill the prophecy. He wasSultan Muhammad Al-Fateh (Watch on Youtube! Ada cartoon nya tu..syok as!! ‘The Conquest of Constantinople’ [...]
September 20, 2008 at 4:44 pm
assm.kalau boleh buatlah lagi tentang pejuang-pejuang islam yg lain spt saifudin qutz,muhammad mokhtar,tariq bin ziad dan salahuddin kerana tidak ramai remaja yg tahu ttg mereka ini.wassalam
October 3, 2008 at 7:33 pm
subhanallah
October 6, 2008 at 7:09 am
salam, bagus kisah Al Fateh ne. sy tahu pun dari asben yg sugest baca kisahnya dlm blog ne. MMG ramai yg tak tahu kisah ne termasuk sy dulo. Teruskan perjuangan murni utk memaparkan kisah2 pemimpin ISLAM.
Islam, dulu kini dan selamanya.
-Aliza-
October 17, 2008 at 4:32 pm
NANTIKANLAH KEBANGKITAN TAMADUN ISLAM…!
SESUNGGUHNYA KEBANGKITAN TAMADUN ISLAM AKAN DIGERUNI OLEH RAMAI ORANG..!
October 20, 2008 at 5:04 am
salam ustaz, minta izin nk amik artikel ni..
October 30, 2008 at 4:36 am
KERJA KERANA ALLAH, HIDUP KERANA ALLAH, MATI KERANA ALLAH. INSYA ALLAH, ALLAH BERSAMA-SAMA ORANG YANG IKHLAS DAN BERSYUKUR. YA ALLAH JADIKAN KAMI DALAM KALANGAN HAMBAMU YANG IKHLAS DAN BERSYUKUR DAN DALAM KALANGAN HAMBAMU YANG MENGIKUTI CARA PERJUANGAN NABIMU DAN PARA SALAFUSSALLEH
November 17, 2008 at 1:52 pm
Subhanallah…alangkah bahagianya dunia umat Islam hari ini jika kesemua pemimpin Islam mempunyai peribadi dan akhlak seperti sultan muhammad al-fatih. Tiada lagi perpecahan, persengketaan dan perselisihan antara umat Islam. Marilah kita jadikan beliau sebagai salah atu model contoh bagi generasi muda hari ini…
wassalam
November 23, 2008 at 12:22 pm
sapa lah agaknya yang akan membebaskan kota ROM pula?(hadis Rasullulah s.a.w menyatakan kota konstatinople akan di takluki dahulu oleh orang Islam dahulu,barulah kota Rom…….)
December 4, 2008 at 2:28 am
salam…
ana ambil artikel sultan mihamad al-fatih yer ustaz fauzi..haritu kita baru jumpa mase mukhaiyam di gunung datuk.
December 15, 2008 at 9:05 am
salam’alaik…
subhanallah!!!
yg bwatkn ana trharu bc artikel niy pasal pmilihan imam solat jum’at tu…
bayangkan,,sejak baligh tk prnh tgl solat..bahkan solat tahajjud..!!
subhanallah,alhamdulillah,allahuakbar~!!!!!!!!!!!!!!!!!!
December 16, 2008 at 4:38 am
beli la bku sultan muhammad al fateh karangan abdul latip talib kluaran PTS publication…BEST…!!!
January 2, 2009 at 4:14 am
huh..habat sungguh pemimpin itu kan??
January 12, 2009 at 9:43 am
Salam ustaz… minta izin copy untuk bacaan kwn2.
January 14, 2009 at 5:09 am
baru2 ni sy tebaca kitab yang menulis tentang sultan muhammad al-fateh, sy rasa alangkah bagusnya jika saya berada pd zaman itu & bersama2 membantu umat islam pd ketika itu….
ceritanya dpt melahirkn rasa utk kembali kpd ALLAH……. sy hrp rakyat palastine x di tindas lg…….. amin
January 25, 2009 at 1:05 pm
kisah sultan muhammad al-fatih seharusnya menjadi teladan dan dorongan buat umat Islam masa kini. dengan izin ALLAH,al-fatih berjaya menawan constantinople(kini istanbul) yang diakui sebagai kubu perang yang paling strategik dalam dunia. malah napoleon sendiri pernah berkata “kalaulah seluruh dunia ini merupakan sebuah negara, maka constantinople sahaja yang layak menjadi ibu negaranya.” ini menunjukkan betapa hebatmya sultan muhammad al-fatih yang telah berjaya menawan constantinople yang disifatkan sebagai kawasan paling strategik dalam dunia. ini sepatutnya menjadi dorongan untuk kita bangkit berjuang mempertahankan ISLAM(palestin dan gaza khususnya) dari musuh-musuh ALLAH, yahudi israel LAKNATULLAH dan sekutunya amerika.ALLAHUAKBAR
February 11, 2009 at 5:03 am
sebaik-baik raja,sebaik-baik tentera,sebaik-baik rakyat….
February 18, 2009 at 7:52 am
terima kasih…
remaja zaman sekarang kurang mengetahui cerita ini….
kan bagus kalau ada pemimpin sekarang macam tu…
February 26, 2009 at 3:00 am
Alhamdulillah..syukur saya dapat mengetahui kisah para-para pejuang islam ini..Selama ini saya teruja dengan semangat dan hero2 daripada filem dan komik barat yang menceritakan kehebatan pahlawan2 mereka..
Akhirnya saya sedari betapa islam mempunyai ramai tokoh pahlawan yang boleh dijadikan contoh role-model kepada anak-anak dan remaja..
Lupakam saja Rainbow,Superman,dan Ultraman..
kerana kita ada yang lebih hebat!..
Salahudin , Sultan Muhammad, Tariq dan ramai lagi..
Semoga semangat pejuangan dan akhlak pewira islam ini dapat meresap dan membara didalam jiwa anak-anak kita
Zaman kegemilangan islam pasti muncul semula!
March 5, 2009 at 1:30 am
[...] 2) Ustaz Muhammad Fauzi [...]
March 6, 2009 at 4:32 am
[...] Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu. (Taken from link ini) [...]
March 30, 2009 at 3:20 pm
Assalammualaikum
saya ada video tentang khalifah islam yang ingin saya kongsikan,dari hizbut tahrir, sesiapa yang berminat hantar email ke jamil40881@msn.com
diberikan percuma
bersama menegakan khilafah
April 11, 2009 at 5:51 pm
salam ustaz…mintak izin ambik gambar sultan al fateh dan gambar yang lain (”,)
intri ustaz banyk yang menarik….alhamdulillah satu lagi sumbangn kita untuk Islam….
April 12, 2009 at 5:24 pm
mmg betul,pahlawan2 islam sbnrnye lebih ramai dan lebih baik.org2 barat telah lama mengetahuinya sbb 2 la terciptnya superman,batman dsb…..semuanya utk mengabui mata2 org2 islam,dan utk menutup malu tentang kebodohan dan kejahilan mrk sndri……sy cuba buka youtube tp dr henfonla nak tgk kartun penaklukan konstantinople tp x berjaya ada sesiapa buleh bantu saya?
April 18, 2009 at 12:20 am
Salam, mhn di copy.Syukran
April 27, 2009 at 10:35 am
salam. minta izin ntuk copy ye..
May 3, 2009 at 3:59 pm
salam..mhn izinkan copy ye
May 8, 2009 at 10:07 am
Salam.
Seseorang yang cerdik bukan semestinya akan menjadi seorang pemimpin tapi seseorang pemimpin yang agong semestinya seorang yang cerdik dan disertai dengan kekuatan iman yang tinggi.
Contohnya para-para sahabat seperti Khalifah Omar,Penglima Khalid Al Walid dan Sultan Mohammad Al Fateh ini sendiri.
Wal salam.
May 24, 2009 at 4:45 am
Alhamdullilah ana berjumpa dengan akh yang sama-sama minat denga alfateh. ana pernah keturki untuk menghadiri conference 2008 . semasa disana ana telah berada di masjid biru , tokapi palace dan hajja sofea. masayallah hebat sungguh. tetapi ana berasa sedih pasal ana tak paham lansung sejarah, sekular memang sorok maklumatni , macamana al fateh menakluk konstntinopol., rantai besi, macamana meriam dicipta, macamna tenera islam mengangkat kapal keatas bukit dan macam macam persoalan. segala gambar ana curi ambil di tokapi palace termasuk / tongkat nabi musa, harta2 kerajaan otoman, janggut nabi semua kena delete dari kamera selepas ana kena tangkap dek pengawal.. sedih betul. pulak tu gambar diturki dalam laptop terformatlak.. Ana berasa gembira dan dapat bayangkan semula tempat-tempat tersebut lantas menjawab soalan itu setelah ana baca buka karangan abdul latip talip terbitan PTS , Sultan Muhammad Alfateh pembuka kota konstatinopol . tak silap Buku itu pernah dibincang di IKIM dalam duniaku buku. Buku itu sungguh baik dan banyak fakta-fakta menarik walaupun disusun dalam bentuk novel. dari kecil al fateh dia di asuh , cara melatih anak agar menjadi pejuang oleh sultan murad 2, bakal sultan pun kena rotan untuk hafal quran…hebat.. cabaran sewaktu memrintah diwaktu belasan tahun, serangan psikologi oleh raja rom , siri peperangan dan strategi perang beliau yang hebat, mengelirukan tentera salib,macamana tentera katolik tak sokong tentera romawi yang ortodok, konflikk di dalam gereja membantu tentera islam . angkatan armada laut ortoman yang hebat, kapal ortoman 200 buah,, hebat dan tercanggih ada meriam . menawan selat bophorus dan golden horn, kapal yang di letak perisai untuk menlanggar rantai besi walaupun tidak berjaya. macamna diangkat kapal melepasi bukit semalam sahaja dengan bantuan ribut dan kapal-kapal di tolak atas kayu balak yang disalut lemak binatang. yang paling syok macamana tentera islam menculik Orban pencipta meriam dari Hungary yang dtawan oleh rom . bagaimana mereka mengali trowong dalam tanah samapai kebawah bandar konstatinopol. ada banayak fakta bercanggah dalanm wikipedia, seperti tentera islam merogol sewaktu pembukaan dan paderi zarqanus yang menjadi salah satu panglima Alfateh. Syok kalau dapat bercerita dan berbincang dengan anta… Ana terpikir nak lawat sekali lagi istanbul dengan menjejak semula kesan alfateh , pakej perlancungan sambil mennjejak alfateh…..kebanyakan pakej perlancungan bawa ke tarian gelek…sedih-sedih…
dr faiz
May 24, 2009 at 9:40 am
cerita itu motivasi
anak2 kita pun hidup dgn cerita
maka, jgn berhenti bercerita
teruskan bercerita, menulis sejarah…
“sejarah itu senjata yg Allah pelihara untuk agamaNya…”
May 25, 2009 at 1:41 pm
Alhamdulillah…terima kasih atas cerita ini . Selama ini saya tak pernah mendengar kisah sejarah ini. Sesungguhnya ianya memberi kesedaran kepada muda mudi kita untuk menjadi insan yang gemilang, cemerlang dan terbilang mestilah bertaqwa kepada ALLAH TERLEBIH DAHULU BARULAH KITA KUAT.
May 28, 2009 at 5:40 am
Salam ustaz…
izin saya copy n paste kat blog sy…
sebagai nota-nota ikhtibar
kanvashikmah.wordpress.com
May 28, 2009 at 8:58 pm
Salam Ust, seperti yg lain saya harap diizinkan saya kepil di blog saya. Terima kasih.
May 29, 2009 at 2:14 pm
assalalmualaikum..minta izin copy halaman sultan muhammad al fateh yek ustad fauzi…
June 5, 2009 at 2:59 am
alhamdulilah….syukur…..rupe2nye selame ini saya x tau sejarah islam kesemuanye…tp dgn adenye website ini sy mengetahui kehebatan islam dan umatnye….selame ini kite disogokan dgn cite2 dri barat yg sumanye bohong belake…cite yg x berpaksikan sejarah…kerane dah lumrah org yahudi mmg bute sejarah…lupe siape mereka….golongan pelarian,tiada negara…allahuakbar..
June 10, 2009 at 3:41 am
ust, thanks atas posting menarik ini. ana minta copy ke email usrah kami..
June 13, 2009 at 2:01 am
sy sgt teruja & tertarik dgn cerita Sultan Muhammad al fateh lalu sy memberi nama anak saudara saya Muhammad al fateh. moga2 nama tersebut memberi berkat pd beliau kelak kerana mengalas 1 nama yg sgt besar maknanya…amin,insyaAllah…wassalam
June 14, 2009 at 6:47 am
assalammualaikum.boleh berkenalan?
June 16, 2009 at 3:07 am
salam…nak kongsi sedikit, ttg kehebatan al fateh & tenteranya. satu ketika, dlm perjalanan menuju ke constantinople, tentera al fateh melalui sebuah ladang anggur yg besar yg sedang masak ranum. namun, sebelum melalui ladang tsbt, al fateh telah mengingatkan tenteranya supaya jgn diambil anggur itu walau sebiji. perjalanan diteruskan hingga di suatu tempat mereka berehat. setelah didirikan khemah & berehat, pembantu al fateh kluar dr khemah al fateh dgn wajah yg sugul & memanggil semua tentera berkumpul. Dikatakan yg al fateh telah jatuh gering. maka setelah diteliti oleh dokter, ubat yg diperlukan adalah sebiji anggur. maka dia bertanya kpd seluruh tentera, siapa yg mempunyai buah anggur, kerna jika tidak, mungkin al fateh akan terus gering & mangkat. malang, tiada seorang pun tenteranya mempunyai buah anggur. lalu tahulah alfateh, bahawa tenteranya bukan shj kuat fizikal, malah rohani mereka jua. benarlah, tidak seorang pun dr tenteranya yg mengingkari perintahnya. maka keluarlah al fateh dr khemah, dan memuji tenteranya & menerangkan kpd mereka akan maksud sebenar…& mungkin anda juga pernah dgr akan kisah kaedah al fateh memilih siapa dikalangan tenteranya yg layak berada di barisan hadapan..sekian
June 23, 2009 at 3:42 pm
salam….
saya tlh ke istanbul (constantine) 2x…
sgt seronok dan penuh kebanggaan menjadi umat islam ketika melangkah ke istanbul
June 25, 2009 at 7:00 am
salam ustat
ana minta izin untuk copy rtikel ni
untuk disebar pd rakan-rakan
syukran
July 16, 2009 at 5:21 am
xdak ka gmbq kota yang nmpk real sikit…..gmbq lma pon xpa….
July 16, 2009 at 1:41 pm
cerita tak disusun ngan baik……….susah nak paham…….cakap la cara 2 alfateh mengatur strateginya yan terhebat
July 29, 2009 at 2:03 pm
salam..minta nak copy~~
August 5, 2009 at 5:31 am
Salam,
Sungguh murni perjuangan baginda Sultan Muhammad. Cara peperangan semua merujuk kepada sunnah Rasulullah. Baginda seorang yang tinggi takwanya sebab itulah beliau dibantu Allah. Baginda sentiasa merintih akan dosa Baginda khuatir kalau dengan sebab itu, bantuan Allah tidak samapai. Baginda sangat memuliakan ulama.
Air mata saya bercucuran membaca perjuangan beliau membebaskan kota konstantinople dari kerajaan Rom. memang benarlah sabda Rasulullah Dialah sebaik-baik raja pemimpin kepada sebaik-baik tentera dan penaung kepada sebaik-baik rakyat.
Kemenangan Islam akan tiba apabila umat Islam berusaha meningkatkan takwa dan mendahulukan Allah da RasulNya melebihi segala-gala. Semoga Sultan Muhammad Al-Fateh bahagia di alam sana.Ameen
August 13, 2009 at 1:47 pm
ana pernah baca buku sultan alfateh..best..berkobar2 semangat ana bila baca
August 15, 2009 at 4:31 pm
assalamualaikum w.b.t
sebenarnya penyataan anda salah..tentera yang dibawa oleh sultan muhammad seramai 250,000 dan baginda telah mendapat gelaran sultan muhammad al-fateh kerana baginda telah menawan sebanyak 40 buah negara dan berjaya mengembangkan islam ke persada dunia.dn nama kota tersebut ialah istanbul…saya harap anda dapat menerima teguran saya untuk memperbaikkan kajian anda tentang nya…kerana saya telah mengkaji baginda dari permulaan sehingga lah akhir
August 17, 2009 at 6:00 am
gempaklah!cayalah muhammad al fateh!
August 19, 2009 at 8:34 am
salam…
bagus informasi yg d beri…
hrp saudara dpt join blog sy just type ke google PUTERA ALIIF AL’AIN BIN JASNI
@ ke address http://puteraaliif.blogspot.com
utk b’kongsi bahan ilmiah…
August 24, 2009 at 2:13 am
Asalamualaikum
Memang Sultan Muhamad al Fateh teladan sangat baik bagi pemimpin Islam stiap zaman. DUA ciri beliau yang sangat unik – kewarakan beliau dan kesungguhannya dalam mencapai misi yang diletak oleh Rasulullah s a w.
cerita beliau lengkap dan pembukaan Constantinople olehnya dapat dibaca dalam buku Sultan Muhammad al Fateh Penakluk Konstantinople oleh Abdul Latip Talip PTS
August 25, 2009 at 3:16 am
Satu perkataan yang amat menarik dalam artikel ini iaitu… ” suluk “. Oleh itu wahai pembac yang budiman mari kita cari erti , visi dan misi suluk ini sendiri. Lihat Syeikh Abdul Wahab Basilam dalam penentangan Penjajah Belanda…
August 29, 2009 at 8:24 pm
syukran ya ustaz…
September 3, 2009 at 7:37 am
syyukran…. hebat gila…terasa bangkit semangat syahid nk tawan aqsa lak nie…insyaallah
September 6, 2009 at 2:43 pm
assalamualaikum
sultan muhammad al-fateh ialah tokoh islam yang patut kita contohi…
beliau telah menakluk Konstantinopel dalam usia beliau yg begitu muda..
Nabi Muhammad bersabda,”Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yg menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yg berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.”(H.R. Ahmad bin HanbalAl-Musnad 4/335)
RENUNGKANLAH….
wassalam
September 9, 2009 at 6:56 pm
assalamualaikum…subhanaAllah…tak mungkin saya mmpu untuk jadi sprti mereka…tak pernah tinggal solat wajib,solat sunat rawatib dan solat sunat tahajud..tapi insyaAllah sy sedang berusaha ke arah itu…sekurang-kurangnya saya tak membisu bila di tanya di hadapan Allah kelak…semoga Allah memberkati usaha kecil saya ni…doakan saya…
September 11, 2009 at 9:40 am
Beliau sememangnya seorang tokot Islam yang patut kita contohi..
September 14, 2009 at 3:11 am
permission 2 copy ekh…utk kebaikkan bersama sbb dialah idola kawe selama ni…
September 30, 2009 at 3:40 am
ya allah..berikanlah aku kekuatan wlaupn skecil zarah utk mnjadi insan sprti alfateh..
kwn2,doakn sya ya..
October 2, 2009 at 3:40 am
salam.ana nak copy leh x kat blog ana, di http://umarfarouq.blogspot.com/
October 8, 2009 at 1:22 pm
Salam…
mnx izin copy entry dlm blog…:)
October 14, 2009 at 4:01 am
salam.mintak izin amik gambar2 ni yer.syukran
October 22, 2009 at 8:22 am
ana sangat tentang pejuang2 islam zaman dulu.ana berharap ante akan terus menaip cirete2 seperti ini.
October 26, 2009 at 1:03 pm
Bacalah buku terbitan PTS bertajuk “Sultan Mohammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel” Cerita yang menarik.
October 27, 2009 at 11:26 am
salam ustaz, minta izin copy artikel ni. syukran…
October 30, 2009 at 12:57 pm
Jauhnyer aku dari jalan pejuang2 agama Allah..
Mohon link dan copy ya ustaz..syukran
October 30, 2009 at 1:10 pm
slm alaik..us,mhn izin utk copy entry ni.jazakumullh khairn kathira