“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ” (Al-Baqarah: 214)
Demikianlah sunnah perjuangan. Penangkapan, pembunuhan, pencabulan, fitnah dan rampasan harta benda dan kesenangan. Sesiapa yang menyangka ianya selain dari itu, ketahuilah bahawa kakinya belum menjejaki jalan dakwah yang mulia ini.
Semalam (15 April) Mahkamah Tentera Mesir menjatuhkan hukuman ke atas Khairat Syatir, Naib Kedua Mursyid Am Ikhwan Muslimin dan anggota Ikhwan yang dikenali sebagai ‘kumpulan 40′. Beliau dan 39 pimpinan dan ahli Ikhwan yang lain telah ditahan pada 12 Disember 2006 yang lepas di atas dakwaan ‘penyeludupan dan pembersihan wang (money laundering)’ dan ‘cubaan menghidupkan semula organisasi yang telah diharamkan’. Dakwaan itu sepatutnya dibicarakan di mahkamah biasa. Tetapi pihak kerajaan Mesir menukarnya ke Mahkamah Tentera pada 6 Februari 2007 dan mereka tidak dibenarkan untuk diikat jamin.
Selepas beberapa siri perbicaraan dan siri-siri penangguhan perbicaraan, akhirnya semalam Mahkamah menjatuhkan hukumannya yang zalim ke atas manusia-manusia terbaik Mesir.
Hukuman yang dijatuhkan:
10 tahun penjara kepada lima orang anggota Ikhwan:
- Ir. Yusof Nada (ahli perniagaan)
- Ir. Ali Hammat (engineer)
- Fathi Ahmad al-Khuli (pendakwah)
- Ibrahim Farouq az-Zayyat (ahli perniagaan)
- Dr. Taufiq al-Waie (pendakwah)
7 tahun penjara kepada dua orang anggota Ikhwan:
- Ir. Khairat as-Syatir (Naib Kedua Ikhwan)
- Hasan Malik (ahli perniagaan)
5 tahun penjara kepada lima orang anggota Ikhwan:
- As’ad asy-Syaikhah (engineer)
- Ir. Ahmad Syusyah (engineer)
- Ir. Ahmad Asyraf (Pengarah Urusan, Dar Nasy wa Tauzi’ – syarikat penerbitan utama buku-buku Ikhwan)
- Sodiq Syarqawi (akauntan)
- Dr. Ahamad Muhammad Abd. Ati (pharmacist)
3 tahun penjara kepada 13 orang anggota Ikhwan:
- Dr. Muhammad Ali Bisr (anggota Maktab Irsyad)
- Said Ma’ruf (Pengurus gedung perniagaan Omar Affendi)
- Ir. Mamduh al-Husaini (Engineer)
- Dr. Farid Jalbat (Profesor di Univ al-Azhar)
- Dr. Diya’ ad-Din Farhat (ahli perniagaan)
- Dr. Solah ad-Dasuki (pensyarah di Kuliah Perubatan al-Azhar)
- Fathi Muhammad Baghdadi (pengetua sekolah)
- Ir. Aiman Abd Ghani (engineer)
- Dr. Isom Abd Muhsin (pensyarah di Kuliah Perubatan al-Azhar)
- Dr. Mahmud Abu Zaid (pensyarah di Kuliah Perubatan Cairo University)
- Mustafa Salim (akauntan)
- Dr. Isom Hasyisy (pensyarah di Kuliah Kejuruteraan Cairo University)
- Ir. Midhat al-Haddad (ahli perniagaan)
15 orang anggota Ikhwan yang dibebaskan:
- Dr. Khalid Audah (Profesor di Universiti Asyut)
- Ir. Said Saad Ali (engineer)
- Muhammad Mehna Hasan (akauntan)
- Dr. Muhammad Hafiz (doktor perubatan)
- Dr. Muhammad Baligh (doktor pakar mata)
- Ir. Mahmud al-Mursi (engineer)
- Ahmad Izzuddin (wartawan)
- Jamal Sya’ban (akauntan)
- Yasir Abduh (akauntan)
- Mahmud Abdul Latif Abdul Jawad (ahli perniagaan)
- Ir. Usamah Syarbi (pengarah urusan sebuah syarikat pelancongan)
- Dr. Amir Bassam (pensyarah di Kuliah Perubatan al-Azhar)
- Dr. Abdul Rahman Saudi (ahli perniagaan)
- Ir. Ahmad an-Nuhas (engineer)
- Hasan Zalath (ahli perniagaan)
Mahkamah menggugurkan tuduhan ‘penyeludupan dan pembersihan wang (money laundering)’. Walau pun begitu mahkamah menyita saham Ir. Khairat Syatir dan Hasan Malik di syarikat Malik dan syarikat Rawaj, saham Hasan Malik di syarikat al-Anwar, saham Ir. Khairat Syatir dan Ahmad Abd Ait di syarikat al-Hayah dan saham Ahmad Asyraf di syarikat Dar at-Tauzi’ wa an-Nasyr.
“Dan janganlah engkau (Wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).
(Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).
Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanmu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu”. dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): “Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?
Padahal kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri, serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-bukti yang jelas bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka (dengan menimpakan mereka berbagai bencana), dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul)”.
Dan Sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.”
(Ibrahim: 42-46)



April 16, 2008 at 5:36 am
Semoga Allah juga memberikan kepada kita sabat ketika ditimpa mehnah dalam perjuangan ini
April 16, 2008 at 7:54 am
subhanallah, hebatnya orang2 ikhwan muslimin.. majoriti golongan terpelajar! engineer, pensyarah dll..
bila aku dan kau wahai orang melayu dan jadi macam tu??
barulah orang nampak gah Islam tu,kan??
April 16, 2008 at 7:55 am
sunnah berjuang..
ada susah dan senang..
so, kalau perjuangan kita lancar je..
xde susah, x de tribulasi..
semak la semula..
muhasabah diri atas iman dan akal..
bukan atas nafsu..
semoga Allah memilih kita sbg orang yg memperjuangkan agama-NYa.. ameen
salam..
April 16, 2008 at 8:47 am
itulah mehnah perjuangan
para da’ie..
bukanlah da’ie tanpa
cubaan dan halangan..
itulah bunga-bunga
perjuangan untuk
semua para mujahid
yang cintakan Islam..
April 16, 2008 at 10:57 am
Allāhu Akbar, الله أكبر semoga Allah memeberi kekuatan kepada mereka dan orang2 yg disekeliling mereka insyaAllah.
April 16, 2008 at 11:25 am
Innallaha ma’as-shabiriin… respek sama IM!!!
April 16, 2008 at 12:37 pm
Allahu aKbar!!!
Berderau darah membaca artikel ni.. tErasa kerdil diri.. kita kata kita pejuang tapi setakat mana usaha kita…
adakah pada game semata??
adakah pada makan semata??
adakah pada anak semata??
adakah pada isteri semata??
Di mana kite kalau kite pejuang..
Contohi mereka qudama’ jalan ni
April 16, 2008 at 1:45 pm
egypt_medic, golongan terpelajar tu merujuk kepada siapa? hanya engineer, penyarah atau doktor dan golongan profesional yang lain sahajakah yang dikira golongan terpelajar?
apapun ambillah semangat golongan-golongan sebegini untuk kita sama-sama berjuang menegakkan agama Allah ini.
Ustaz Fauzi, lama tak dengar khabar? bila nak datang Mesir lagi? kalau datang tu bagitau la, boleh ana datang berziarah nanti
April 16, 2008 at 2:06 pm
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ” (Al-Baqarah: 214)
Benarlah Janji ALLAH!
April 16, 2008 at 2:29 pm
Kerjaan Mesir pimpinan Hosni Mubarak ini satu contoh kerajaan umat Islam yang bangang. Mesir bukannya negara kaya, dihimpit hutang, dan pemimpinnya menyembah kaki barat. Kuda tunggangan Israel.
Orang-orang seperti Ikhwan inilah yang diharapkan dapat mengubah mesir dari menghamba sesama manusia kepada menghamba kepada Allah. Tetapi pemimpin yang tirani (mewakili pemimpin tirani dari negara umat Islam yg lain) merasa terancam dengan Islam yang diperjuangkan oleh Ikhwan.
Penjara sampai 10 tahun pulak tu. Memang niat busuk hendak memadamkan cahaya Islam dari bumi Allah.
Memang sukar mencari ubat untuk kebangangngan.
Memang sukar mencari ubat untuk kesombongan.
Moga Allah memberi kekuatan kepada semua pendokong agamanya di seluruh dunia.
Wassalam
Din Taliban
April 16, 2008 at 3:48 pm
semoga Allah mengurniakan kpd mereka thabat dan tabah menghadapi ujian. Begitu juga kepada rakan-rakan dan keluarga semoga Allah mengurniakan memberi ganjaran di atas kesabaran dan kesusahan yang ditanggong. Kepada si penzalim semoga Allah mencampak rasa simpati dan insaf kerana keanggkuhanmu hanya sementara. Akhirnya kamu juga akan bertemu dengan Allah.
April 16, 2008 at 3:50 pm
[...] Suka saya ajak teman-teman untuk membaca nasib 40 penggerak Ikwanul Muslimin Mesir yang baru diumumkan hukuman yang disabitkan keatas mereka semalam di laman blog Ust Muhammad Fauzi. [...]
April 16, 2008 at 3:55 pm
Semoga kita terus istiqamah di jalan ini.doakan.ana juga.
April 16, 2008 at 5:35 pm
boleh jugak rujuk sini http://www.amlalommah.net … klu boleh bace arab
unsur ikhwanuna ya Allah … allazina sabaquuna bil iman
April 16, 2008 at 11:13 pm
Kepada Dr Kadir,
InsyaAllah ada rezeki ana akan ke Mesir utk ziarah antum di sana. Kalau akhi balik musim panas tahun ni, contactlah ana 012-6349066. Lama tak jumpa.
m fauzi asmuni
April 17, 2008 at 3:41 am
salam..
perjuangan kita tidak akan di bentang dgn permaidani merah…
teruskan perjuangan…
doakan kesejahteraan sahabat2 kita ini…
April 17, 2008 at 3:55 am
Ana yakin bile diorang nih kuar dari penjara diorang nih akan jadi lebih hebat daripada dulu…banyak contoh yang kite leh lihat Prof. Hamka dan contoh terdekat Dr. Seri Anwar Ibrahim..
Bersediakah kita bersama diorang nih biler keluar dari penjara?
Tepuk dada taye iman
April 17, 2008 at 4:20 am
Sudah menjadi tabiat dai’ yang sentiasa akan diuji oleh Allah. Itu sahabat di Mesir, kita di Malaysia belum teruji lagi. Jadi bersiap sedialah kita.
April 17, 2008 at 7:19 am
Hasbunallah wa ni’mal wakil…, yang penting bagi kita memastikan jalan yang kita lalui adalah betul dan menepati jalan yg dilalui Rasulullah s.a.w serta pejuangnya yang kemudian…sama ada kita diuji dengan mihnah(tribulasi) atau minhah (kesenangan) kita doakan kita istiqamah tetap di atas jalanNya…bagi mereka yang Allah pilih untuk melalui jalan penjara dan penindasan sang zalim kita doakan mereka thabat, sabar dan keringanan menaggung semuanya itu…mudah-mudahan ia menjadi obor untuk pejuang seterusnya…nasalullahul ‘aafiah
April 17, 2008 at 11:13 pm
Suatu inspirasi. Malangnya Mesir tidak sedar diri. Masalah ekonomi, pengangguran dll, namun lebih berminat dengan ‘masalah’ Islam. Apabila Islam dilihat sebagai bermasalah, sampai bila pun hidup penuh dengan masalah!
April 19, 2008 at 4:09 am
[...] Kini di Mesir 15 April 2008 lalu, episod itu berlaku lagi dan ia takkan berhenti setakat itu. Hingga benar pengumuman Allah kepada semua bahawa kebenaran itu memang menuntut yang besar dari diri setiap Muslim. [...]
April 20, 2008 at 9:05 am
Mengejar IMPIAN kadg kala mengundang SUSAH ,
Adakalanya bertandang RESAH ,
Luru lara datang menyinggah ,
Hakikat SABAR pasti ada BAHAGIA di hujung PAYAH..
Kita doakan kebahagiaan mereka serta kaum keluarga mereka dn ikhwah sekeliling kita agar Allah tetap memilih kita sebagai tenteranya..
Allah shj MAHA MENGETAHUI..
April 20, 2008 at 10:29 am
[...] Sila baca berita berkaitan: Hukuman Zalim Ke Atas Manusia Soleh. [...]
April 22, 2008 at 4:25 am
semoga kita juga di berikan kekuatan seperti mereka
April 28, 2008 at 4:54 am
sangat mengkagumkan kalau ada golongan profssional yang menjadi pejuang agama.
Tapi jangan anggap itu satu kemuliaan, mungkin hanya motivasi untuk pelajar2 supaya mengejar kejayaan profssion.
Adakah tukang sapu atau peniaga soya tidak dapat mencurah bakti kepada agama? Bagaimana Bilal r.a.?
Adakah mereke2 ini sahaja yang menentukan nasib umat islam? yang digelar ulul albab dan pemikir Islam…
apa pun teruskanlah perjuangan. Tetapi saya lebih cenderung kepada perjuangan yang suci daripada kemuliaan2 selain kemuliaan Islam itu sendiri. Allah sepatutnya jadi motivasi, dan itu sudah cukup.
May 11, 2008 at 9:12 am
Bersediakah kita menanggung ujian demi risalah ini?
_MUHASABAH MODE_
June 9, 2008 at 1:07 pm
Salam…teruskan perjuangan ingat Mati SYAHID adalah cita-cita kita yang Tertinggi…=-)
August 19, 2009 at 7:35 am
[...] Related Links: [...]