Perkongsian pengalaman dalam kehidupan

Suami Kena Jadi ‘Jantan’ – Bah 2

with one comment

Bahagian 1 tajuk ini mendapat perhatian yang luar biasa. Secara umum jika ada yang terasa, saya mohon maaf secara umum dan terbuka. Bukan niat untuk menyentuh perasaan sesiapa, tetapi hanya untuk berkongsi pengalaman dan pemikiran sahaja. Jika baik, jadikannya teladan …. jika tidak baik, anggap sahaja ianya sebagai bebelan seseorang yang dah nak jadi tua. Manakala bagi yang terlebih suka pula, jangan sesekali memetik kata-kata tertentu sahaja untuk dijaja. Bacalah keseluruhannya kerana banyak lagi yang akan ditulis tentangnya. Sebahagiannya mungkin terkena atas batang hidung kita kerana kesempurnaan hanyalah milik Allah jua.

Saya nak bercakap pula tentang bagaimana sepatutnya seorang suami berfikir. Saya gariskan (underline) cara fikir seorang suami.

1. Suami perlu melihat rumahtangga seumpama satu kerajaan dan dialah rajanya. Isteri dan anak-anak adalah rakyat, isi rumah adalah hartanya dan keluarga itulah sempadannya. Dengan itu ia akan bercampur baurlah perasaan bangga dan takut kerana bercampur baurnya tanggungjawab dan kuasa. Sebagai satu kaedah umum, sememangnya sesiapa yang besar kuasanya, besarlah tanggungjawabnya. Besar pahalanya jika bertindak betul, besar jugalah dosanya jika bertindak salah.

 2. Si suami perlu melihat dirinya adalah pusat dan teras kepada keluarga. Jika dia susah, maka satu keluarga juga perlu bersusah. Jika dia malas, seluruh keluarga akan menanggung beban. Dengan itu suami kena faham bahawa dialah kunci segalanya bagi satu keluarga.

 3. Kadang-kadang ada sesetengah suami yang dari awal mencari isteri yang senang dan besar gaji. Nak menumpang senang menurutnya. Dia tidak mahu berusaha mencari pekerjaan yang baik dan tidak berusaha pula untuk dirinya mempunyai nilai pasaran kerja. Berniaga …? … lagilah dia tidak mahu, kerana susah katanya. Ekonomi sekarang tak bagus, kalau berniaga pun tak untung. Pelik juga, kerana apa yang kita lihat, peniaga yang jual goreng pisang pun boleh bertukar-tukar kereta.

 4. Ada juga yang semasa mula-mula berkahwin, membahagi tugas mencari rezeki. Si suami perlu dapatkan sekian jumlah dalam sebulan dan si isteri juga sekian jumlah. Suami rasa lega bila isteri setuju. Isteri pula rasa lega kerana rasa dia membantu suami. Tapi mereka tidak menjangka, bahawa bila isteri mencari rezeki untuk mencukupkan keperluan rumah, tugasnya mencuci pinggan dan baju tidak akan sempurna. Tapi suami tidak pula mahu membantu, kerana itu tugas isteri menurut kata ulamak. Suami kata begitulah fahamnya dari ajaran tok guru. Bijak sungguh suami hari ini.

 5. Pada saya, seorang suami perlu melihat dirinya perlu untuk menunjukkan kekuatannya di hadapan isteri. Dia perlu membina persepsi isteri terhadapnya. Buktikan dia mampu mencari rezeki. Buktikan dia mampu membela isteri. Buktikan dia mampu menjaga maruah isteri. Buktikan dia mampu mengurus keluarga. Buktikan semua itu.

 6. Tidak salah isteri bekerja kerana isteri zaman sekarang ramai yang berpendidikan tinggi dan biasa bersosial dalam komunitinya. Saya juga menyuruh isteri saya bekerja kerana tidak logik pada tanggapan saya jika isteri saya yang sudah belajar hingga ke peringkat universiti hanya ditugaskan untu mencuci pinggan dan baju sahaja di rumah. Tetapi si isteri bekerja tidak sepatutnya bertitik tolak dari kekurangan suami mencari rezeki untuk rumahtangga. Tetapi lebih kepada titik tolak suami tadi melihat dirinya bertanggungjawab membina isterinya agar  bersosial dan menjalankan tanggungjawabnya kepada masyarakat. Kesan dari isteri bekerja, suami tanggunglah juga sedikit sebanyak. Tidak salah suami mencemar duli mencuci pinggan. Tetapi dia kena ingat itu bukan tugas asasinya. Nanti asyik basuh pinggan, isteri pula sibuk mencari rezeki.

bersambung bahagian 3 …

Written by Ustaz Muhammad Fauzi

Mei 12, 2011 pada 10:28 am

Dikirim dalam Rumahtangga Islam

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. Mantap Ustaz. Menjadi panduan buat orang bujang zaman ini dalam menghadapi hari Muka. InshaAllah, nasihat ini akan di’save’ kan dalam otak, utk kekal beramal dengannya mulai skrg.

    Adzim Shaari

    Mei 12, 2011 at 3:24 pm


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 78 other followers