Perkongsian pengalaman dalam kehidupan

Suami Kena Jadi ‘Jantan’ – Bah 3

with 5 comments

Saya bukan wanita, tapi saya yakin wanita akan memilih dalam menentukan calon suaminya (sama macam lelakilah juga). Antaranya mungkin lelaki tersebut mesti lebih tua daripadanya walau pun hanya sehari, lebih tinggi dari sudut fizikal daripadanya, lebih berduit dan lain-lain kelebihan lagi. Memilih itu hak semua, cuma jangan cerewet sebab; mudah untuk mencintai seseorang tapi bukan mudah untuk dicintai oleh orang yang kita cintai.

Apa pun, pemilihan seumpama itu adil dan munasabah. Bahkan adakalanya saya rasa itu juga petanda kesempurnaan fitrah wanita tersebut kerana inginkan suami yang dipandang tinggi olehnya adalah fitrah yang sejahtera bagi seorang muslimah. Setuju dengan pandangan saya?

Hari ini saya ingin menulis berkenaan bagaimana jika suami kurang dari isteri, apa sikap isteri terhadapnya ….

1. Apabila suami lebih tua, lebih tinggi, lebih gaji, lebih garang, lebih bijak, lebih itu dan ini berbanding isteri ….. mudahlah isteri untuk menundukkan dirinya di hadapan suami. Tetapi bagaimana pula jika ditakdirkan suami tidak lebih dari sudut-sudut itu? Perlukah untuk isteri masih memandang tinggi kepada suaminya?

 2. Pertamanya, suami berusahalah untuk lebih dari isteri … tapi kalau tak boleh nak buat macam mana. Dan isteri mesti tetap memandang tinggi suaminya walau apa keadaan sekali pun. Jangan memperlekehkannya di dalam hati apatah lagi memperlekehkannya di hadapan rakan-rakan.

 3. Jika suami lebih muda, jangan kekok untuk panggil ‘abang’.  ‘Abang’ atau ‘abe’ adalah budaya orang Melayu untuk memuliakan seseorang. Tidak merujuk kepada usia pun kadang-kadang tu. Kalau penjual burger yang berusia awal 20an pun kita panggil ‘abang’, takkan suami sendiri tak boleh dipanggil ‘abang’? Berkait dengan itu, bahasakanlah diri suami dengan panggilan yang menunjukkan penghormatan terhadapnya bila berbicara dengan orang lain. Sebutlah ‘suami saya tak balik surau lagi’ menggantikan ‘Zul tak balik surau lagi’ (tiada kena mengena dengan mana-mana Zul …) Lebih manis jika disebut ‘abang saya tak balik surau lagi’.

 4. Kalau suami lebih rendah fizikal, macam mana ya? Saya rasa masalah tu kecil sahaja sebab dalam budaya kita orang Islam di Malaysia ni, itu tak jadi masalah besar. Kalau dalam budaya orang lain, kemungkinan seseorang perempuan suka mempamerkan suaminya di hadapan rakan-rakan wanitanya. Banggalah dia jika suamiya tu tampan, tinggi lampai. Malulah jika suami  setengah kaki rendah daripadanya. Tapi manalah tahu kot-kot ada sesetengah muslimah di Malaysia ni pun dah berubah neracanya jadi macam orang lain juga. Isteri saya lebih tinggi dari saya, tapi tak pernah pula dia memandang rendah pada saya. Dalam kes seumpama ini, bila berjalan bersama, suami pakailah kasut tapak tebal, atau songkok yang tinggi. Kan selesai masalah tu …..

 5. Kalau gaji suami lebih rendah dari isteri? Kalau isteri ada PhD, suami pula tiada kelulusan tinggi? Kalau isteri dari keluarga ‘bangsawan’, suami dari kampung seberang? Kalau isteri petah berbicara, suami pula pendiam tak bersuara? Kalau isteri aktif sebagai tokoh masyarakat, suami ‘biasa-biasa’ sahaja? Kalau isteri garang dan tegas, suami ‘lemah lembut’? Apa keadaan pun, isteri tetap perlu memandang suaminya dengan pandangan hormat dan respect.

 6. Seseorang isteri janganlah bandingkan suaminya dengan suami orang lain. Suami orang lain mungkin lebih dari sudut tertentu tapi lemah dari sudut yang lain. Lelaki pantang dibanding-banding. Terlebih banding nanti, lain pula jadinya.

 7. Seseorang isteri perlu lihat sudut-sudut kelebihan suami yang mungkin tidak zahir pada pandangan mata kasar. Saya pernah mendengar cerita berkenaan seorang isteri yang mengulas berkenaan suaminya yang tidak ke hadapan seperti pimpinan politik dan ngo di Malaysia ni. Tidak lantang dan tidak menonjol menurutnya. Saya yang mengenali suaminya rasa hairan. Saya rasa si isteri ni keliru dalam hal ni lalu sedikit kecewa melihat pencapaian suaminya. Suaminya ini sebenarnya seorang yang istiqamah dalam agama. Orang kuat surau di tamannya. Berbelanja cukup berhemah. Tidak mempunyai musuh sebab terlalu berhati-hati bila berbicara, takut mengguris perasaan rakan.  Agak pendiam kerana sikapnya yang tenang. Jadi bila diteliti, sebenarnya ada banyak sebab kenapa isteri tadi masih perlu pandang tinggi suaminya dan berbangga dengan suaminya di hadapan rakan-rakannya lain.

 8. Akhirnya, saya mencadangkan kepada mana-mana pasangan suami isteri untuk berbincang secara terbuka dengan pasangan masing-masing. Kita kena setkan rumahtangga kita, bentuk bagaimanakah yang sepatutnya. Suami ambil peranan yang sepatutnya dimainkan dan begitu juga isteri. Jangan terbalikkan fungsi suami isteri sebab itu boleh merosakkan hubungan jika dibiarkan untuk tempoh yang panjang.

 Wallahu a’la wa a’lam.

Tamat.

Written by Ustaz Muhammad Fauzi

Mei 20, 2011 pada 12:38 pm

Dikirim dalam Rumahtangga Islam

5 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. Ustaz, dah tamat ke?
    Adus, xcukup menuntut laghie nie ustaz..hehe
    Jzkk ustaz..sy ikuti semua bahagian, dan ‘besar’ sungguh peranan artikel nie.

    Sekali lg, terima kasih.

    Adzim Shaari

    Mei 20, 2011 at 5:07 pm

  2. As salam, saya setuju tulisan Ustaz, bahawa seorang wanita sepatutnya mentaati dan menhormati suaminya. Tapi masalahnya, banyak lelaki sekarang yang lemah dari segi mental, emosi dan rohani. Hmmm..tapi kuat pulak dari segi fizikal dan batin.

    cintarosa

    Mei 22, 2011 at 6:14 pm

  3. Setuju sbb ana sendiri pernah dgr luahan dari bbrp ukht ttg rasa agak ‘frust’ nyer pd zaujnya..tertnya2 juga lps tu-boleh ke kita frust dgn kekurangn suami.jzkk atas pencerahan dari Ust

    gulai tempoyak

    Mei 23, 2011 at 5:07 pm

  4. Ustaz..bagaimana pula untuk mengatasi suami yang terlalu suka menyalahkan orang lain jika berlaku sesuatu yang tidak dingini meskipun kadang-kadang kesalah itu sebnarnya berpunya dari dirinya sendiri. Contohnya dia yang memandu kereta dan semasa mengundurkan kereta dia telah terlanggar kereta orang dan kereta orang itu memang tidak bergerak pun. Dia akan menyalahkan kereta itu dduk di situ dan dia juga membuat alasan sebab saya tak mahu pandu kereta dari awal kerana pada awalnya memang dia suruh saya pandu kerana ingin menghantarnya ke stesen bas, tapi saya tak mahu.

    Banyak lagi, benda yang remeh yang dia asyikm cari kesalahan orang. Saya perhatikan memang dia tidak ada sifat untuk menyalahkan diri sendiri. Pernah juga saya nasihatkan suami saya agar belajar untuk terima kesalahann yang dibuat dengan mencari penyelesaian dan bukannya menambahkah mencari salah itu dan ini. Dia akan melenting.

    apakah pandangan ustaz tentang suami saya ini?

    sensasihot

    Mei 24, 2011 at 10:03 am


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 91 other followers

%d bloggers like this: