Bila Masuk 40 ….
1. Alhamdulillah hari ini genaplah umur saya 40 tahun (30 Jun 1971 – 30 Jun 2011). Ramai kawan-kawan yang ucapkan selamat hari lahir. Saya juga mengucapkan selamat kepada semua khususnya buat kawan sekolah lama, Prof Yahya Mat Arip yang masih tak berkesempatan untuk bertemu, yang juga berkongsi tarikh lahir dengan saya.
2. Kalau umur saya panjang sehingga 80 tahun, maknanya saya sudah separuh usia. Jika 60 tahun, maknanya sudah 3/4 perjalanan hidup ini saya lalui. Jika 45 tahun, maknanya usia ini sudah sampai ke senja hari …. tidak lama akan mengadap Allah menjawab segala persoalan dan amanah sebagai hambaNya.
3. Seringkali usia 40 tahun dikaitkan dengan pelbagai perkara; kematangan, kestabilan, kesempurnaan dan selalu juga dikaitkan dengan ‘permulaan zaman meragam’. Moga 40 saya ini adalah usia yang membawa kepada bertambahnya belas ihsan Allah kepada saya. Rasulullah s.a.w. bersabda:
العبد المسلم إذا بلغ أربعين سنة خفف الله حسابه ، وإذا بلغ ستين سنة رزقه الله الإنابة إليه ، وإذا بلغ سبعين سنة أحبه أهل السماء ، وإذا بلغ ثمانين سنة ثبت الله حسناته ومحا سيئاته ، وإذا بلغ تسعين سنة غفر الله له ما تقدم من ذنبه وما تأخر ، وشفعه الله في أهل بيته ، وكتب في السماء أسير الله في أرضه
مسند الإمام أحمد
“Seseorang hamba muslim itu apabila mencecah usia 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya. Apabila mencecah usia 60 tahun, Allah akan mengurniakan perasaan berserah kepadaNya. Apabila mencecah usia 70 tahun, penduduk langit akan mencintainya. Apabila mencecah usia 80 tahun, Allah akan kukuhkan kebaikannya dan menghapuskan dosanya. Apabila mencecah usia 90 tahun, Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lampau dan yang akan datang, mengurniakannya syafaat buat ahli keluarganya dan ditulis di langit sebagai tahanan Allah di atas muka bumi.” (Riwayat Imam Ahmad)
4. Kematian adalah kepastian yang tidak boleh diubah. Di tangan manusia ikhtiar untuk menentukan bentuknya. Bakti dan jasa adalah sedekah jariah selain infaq harta dan doa anak soleh. Hari-hari yang berlalu menghampirkan saya kepada kematian, moga Allah kurniakan semangat untuk terus menabur jasa dan bakti.
5. Muslim yang soleh seimbang di dalam persediaan menghadapi kematian dan gejolak semangat perasaan untuk terus hidup menabur budi. Moga Allah juga mengurniakan saya kesihatan yang panjang dan kesejahteraan akal fikiran.
Ya Rabb …. irhamni …………………
salam ustaz apa maksud hadis tu yng menyebutkan ttg bilamana mencecah umur 90…. ditulis di langit sebagai tahanan Allah di atas muka bumi.?
Muhamad Zulhakimi Samsudin
Julai 15, 2011 at 4:10 pm
Wallahu a’lam
Ustaz Muhammad Fauzi
Julai 19, 2011 at 8:24 am