Suami Kena Jadi ‘Jantan’ – Bah 3
Saya bukan wanita, tapi saya yakin wanita akan memilih dalam menentukan calon suaminya (sama macam lelakilah juga). Antaranya mungkin lelaki tersebut mesti lebih tua daripadanya walau pun hanya sehari, lebih tinggi dari sudut fizikal daripadanya, lebih berduit dan lain-lain kelebihan lagi. Memilih itu hak semua, cuma jangan cerewet sebab; mudah untuk mencintai seseorang tapi bukan mudah untuk dicintai oleh orang yang kita cintai.
Apa pun, pemilihan seumpama itu adil dan munasabah. Bahkan adakalanya saya rasa itu juga petanda kesempurnaan fitrah wanita tersebut kerana inginkan suami yang dipandang tinggi olehnya adalah fitrah yang sejahtera bagi seorang muslimah. Setuju dengan pandangan saya? Baca baki entri ini »
Tarbiah Dahulu Atau Berjuang Itu Tarbiah?
Bacaan dari sirah perjuangan Rasulullah s.a.w. amat penting bagi pendakwah. Sirah menerangkan kepada kita kaedah dakwah. Dengan itu kami tidak menganggap membaca dan mengkaji sirah Rasulullah s.a.w. berkali-kali sebagai satu beban tambahan bagi pendakwah. Sebaliknya ia seumpama cahaya yang menyuluh perjalanan. Semakin tinggi kefahamannya terhadap sirah, semakin mudah untuk dia berjalan di dunia dakwah.
Di sini ingin kami kongsikan kepada pembaca satu fakta berkenaan sirah Rasulullah s.a.w. yang telah ditafsirkan secara silap oleh sebahagian pendakwah. Baca baki entri ini »
Agar Keaktifan Tidak Sia-sia
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Saudara yang saya kasihi,
Tulisan ini saya tujukan khas buat saudara dan pembaca yang lain. Ia ditulis atas dasar nasihat kerana agama itu sendiri adalah nasihat. Walau pun sudah lama saya berfikir untuk menyampaikannya, hari ini baru hajat saya ini kesampaian. Saya juga teragak-agak adakah ini wasilah yang terbaik untuk saya sampaikan mesej saya ini. Tapi akhirnya ini jugalah wasilah yang saya pilih kerana sebahagian dari apa yang akan saya lontarkan kemungkinan berkait juga dengan ramai pembaca lain.
Saya jauh lebih tua dari saudara Baca baki entri ini »
Suami Kena Jadi ‘Jantan’ – Bah 2
Bahagian 1 tajuk ini mendapat perhatian yang luar biasa. Secara umum jika ada yang terasa, saya mohon maaf secara umum dan terbuka. Bukan niat untuk menyentuh perasaan sesiapa, tetapi hanya untuk berkongsi pengalaman dan pemikiran sahaja. Jika baik, jadikannya teladan …. jika tidak baik, anggap sahaja ianya sebagai bebelan seseorang yang dah nak jadi tua. Manakala bagi yang terlebih suka pula, jangan sesekali memetik kata-kata tertentu sahaja untuk dijaja. Bacalah keseluruhannya kerana banyak lagi yang akan ditulis tentangnya. Sebahagiannya mungkin terkena atas batang hidung kita kerana kesempurnaan hanyalah milik Allah jua. Baca baki entri ini »
Perlu Kuat Kerana Hidup Akan Makin Sukar
Kehidupan kita secara beransur-ansur akan berubah. Masuk ke alam kerjaya. Ada keluarga dan anak-anak. Kenalan semakin meluas dan pelbagai ragamnya. Keperluan kewangan semakin meningkat. Tanggungjawab semakin berat. Semua pihak mula menuntut sesuatu dari kita; dari ibu bapa,anak-anak, suami atau isteri, majikan, rakan-rakan, kenalan dan sebagainya. Usia pula semakin menua, sekali gus menjadikan jasad tidak selincah dulu. Baca baki entri ini »
Suami Kena Jadi ‘Jantan’ -Bah 1
‘Jantan’ adalah istilah yang baik bila digunakan untuk lelaki. Tidak seperti ‘betina’, ianya tidak baik jika digunakan untuk wanita. Lelaki bangga jadi ‘jantan’ tapi wanita aib bila digelar ‘betina’. Jadi bila saya cadangkan lelaki kena jadi jantan, tidaklah pula saya mencadangkan wanita kena jadi betina. Tulisan ini ditujukan terutamanya kepada suami-suami yang lahir akhir 80an atau awal 90an. Maknanya yang sekarang ni berusia dalam 25 tahun dan sekitarnya. Saya nak sebut tentang sikap dan karektor suami pada pandangan saya. Sikap dan karektor ni penting untuk keharmonian rumahtangga dan kestabilannya. Kenapa ditujukan kepada yang berusia demikian? Baca baki entri ini »